Pages

Followers

Monday, December 3, 2012

NOVEL :- KE MANA HATIMU~Eyman Hykal~


Assalamualaikum..
Hai kawan-kawan....

Hmm....Tengah duduk sengsorang...tiba-tiba teringat akan Novel ni... Teringat jugak kenangan-kenangan lalu..... Novel ni pernah aku hadiahkan pada seseorang..dan aku rasa rindu sangat nak baca semula novel ni..Jadi..Jari-jemari ni pun laju menaip perkataan "Novel Ke mana Hatimu" di Google..... Di bawah ni sinopsis die.... Kalau ada kesempatan aku nak cari Novel ni....


Kisah mengenai Nurul seorang gadis yang bertunang dengan Izuddin, tetapi hubungan mereka terputus ditengah jalan disebabkan usia yang tidak matang. Izuddin telah diduga dengan kehadiran Ayu, lalu memutuskan pertunangannya dengan Nurul. Sedangkan Nurul telah diterima dengan baik oleh keluarga Izuddin. Malah kedua org tua Izuddin (Pn. Noraini dan En. Johan) juga tidak bersetuju pada mulanya untuk memutuskan pertunangan mereka.


Nurul pasrah, lalu membawa diri, berhenti kerja dari syarikat kumpulan cemerlang dan mencari kerja lain. Ketika ditemuduga di syarikat Karim Gazzali Associates, dia telah dipanggil untuk menjawat jawatan eksekutif, walaupun dia pada mulanya memohon temuduga untuk kerani.


En. Karim tuan punya Karim Gazzali Associates, yang mengarahkan En Samsuddin mengambil Nurul bekerja dengannya, rupa-rupanya ada kena mengena dengan kisah silam En. Karim, yang kehilangan isteri dan anak.

Razen, siswazah menganggur yang baru berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja di Restoran Rista pula mula mengambil berat keadaan Nurul. Sementara itu, syarikat Izuddin telah ditawarkan untuk bekerjasama dengan syarikat Tengku Faeez, syarikat Citrasunyi Decorators milik Tengku Razeda...

Disinilah timbul konflik, dimana Tengku Razeda cuba menggoda Izuddin, sedangkan hati Izuddin masih pada Nurul. Tengku Razeda membuat ancaman demi ancaman pada Nurul melalui sms. Hingga lah klimaks kejadian berlaku di One Utama, pergaduhan antara Izuddin dan Razen disebabkan oleh salah faham Izuddin pada Razen yang dianggapnya ingin mengambil Nurul. En. Karim datang ketika kejadian, lalu menembak sedas tembakan, menyebabkan terlerai pergaduhan...

Sekian.....Bye....


Dari Mata Arisa,

Arisa

No comments:

Post a Comment