1. Menilai Permintaan Si Bos
Pekerja yang berurusan dengan bos yang garang, tegas dan cepat lebih terdedah mendapatkan masalah. Dengan sifat bos yang tegas, pekerja dituntut untuk sentiasa bekerja keras. Untuk menghadapi situasi tersebut, anda perlu menilai tuntutannya. Periksalah apakah tuntutan realistik atau tidak. Dengan begitu anda dapat mengurangkan tekanan kerja. Bos garang dapat ditangani dengan cara yang ramah jika anda memahami harapan mereka.
2. Berurusan dengan Pekerjaan yang Menumpuk
Menghadapi bos yang keras, tegas dan penuntut memang memerlukan kesabaran. Oleh kerana itu, adalah penting untuk menetapkan masa dan memanfaatkan waktu kerja dengan baik agar dapat menyelesaikan tugas yang diberikan tepat pada waktunya. Biasanya seorang bos yang tegas dan penutut, mahukan pekerjanya untuk menyelesaikan pekerjaan secara sempurna dan tepat pada masanya.
Menilai prestasi diri sendiri juga sangat diperlukan. Cara tersebut dapat memudahkan anda untuk mengendalikan situasi sulit. Jadi jika anda mencari kesulitan dalam menyelesaikan tugas tersebut, boleh membincangkannya dengan bos anda. Hal ini dapat membantu meringankan pekerjaan yang diberikan.
3. Tingkatkan Kualiti Komunikasi dengan Bos
Berurusan dengan bos yang garang dan penuntut, memerlukan anda untuk mempunyai hubungan yang baik dan akrab dengannya. Salah satu cara yang boleh dilakukan iaitu dengan menjalin komunikasi dan berbincang dengannya. Perbincangan tersebut boleh membantu anda mencari kesimpulan mengenai faktor yang menyebabkan anda stres dalam bekerja. Hal ini juga mampu membantu anda memahami harapan si bos
4. Atur Jadual Kerja
Aturlah jadual kerja anda dengan baik. Targetkanlah bila-bila anda boleh menyelesaikan pekerjaan yang diberikan oleh bos anda. Prioritaskan pekerjaan yang paling penting. Hal tersebut dapat membantu anda menyelesaikan pekerjaan dengan tepat waktu. Cara ini boleh membuat anda bebas dari tekanan.
5. Patuhi Masa Yang Ditetapkan
Perlu diingatkan bahawa masa adalah aspek terpenting. Bagi sesetengah bos, mereka amat peka pada masa. Jika orang bawahannya tidak menepati masa, ini akan menyebabkan bos cepat naik marah. Pastikan anda hadir 15 minit awal sebelum masa yang ditetapkan oleh si bos bagi setiap perjumpaan.
Dari Mata Arisa,
Arisa
No comments:
Post a Comment