Jom belajar peribahasa......
1) Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung [Orang yang mendapat sesuatu dengan banyak berdiam diri sahaja sedangkan orang yang mendapat sesuatu dengan sedikit, heboh memberitahu orang lain tentang hal itu]
2) Ada bangkai adalah hering [Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat]
3) Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat]
4) Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau [Seseorang yang ada ilmu jika tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah]
5) Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan]
6) Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga [tidak berfaedah mencampuri pergaduhan antara suami isteri atau sanak-saudara orang kerana setelah mereka berbaik-baik, kita akan diketepikan]
7) Alah sabung, menang sorak [Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar]
8) Anjing galak, babi berani [Bertemu lawan yang sepadan, berani sama berani, kuat sama kuat]
9) Anjing ditepuk menjongket ekor [Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan menjadi sombong]
10) Bagaimana acuan begitulah kuihnya [Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya]
11) Batu direbus masakan empuk [Orang yang bebal, bagaimana diajar sekalipun tidak akan pandai]
12) Berani kerana benar, takut kerana salah [Bertindak kerana berada di pihak yang benar]
13) Berhakim kepada beruk [Minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu mendapat kerugian]
14) Cacing hendak menjadi naga [Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang berpangkat tinggi]
15) Cakap sejengkal dibawa sehasta [Perkara yang kecil diperbesar]
16) Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga [Sekiranya seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri, dia pun akan turut berasa susah]
17) Gigi dengan lidah adakala tergigit juga [Suami isteri atau sanak saudara adakalanya berselisih faham juga]
18) Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong [Seseorang yang suka menonjol-nonjolkan dirinya kepada orang lain sedangkan orang berkenaan langsung tidak memberikan perhatian terhadapnya]
19) Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang [Jika perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata tentang hal itu]
20) Rebung tidak jauh dan rumpun [Perangai anak tidak jauh bezanya daripada perangai ibu bapa mereka]
21) Runcing tanduk berbelang kening [Sudah terkenal jahatnya]
22) Siapa makan cili dialah berasa pedas [Siapa yang melakukan kesalahan, dialah yang terasa bersalah apabila orang lain menyindirnya]
23) Sumpit penuh tidak berisi [Orang yang bodoh tetapi berlagak seperti orang pandai-pandai]
24) Takkan buaya menolak bangkai [Orang yang berperangai jahat susah hendak meninggalkan perangai buruk itu]
25) Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket [Tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri]
Ok... Next time kite belajar 25 Peribahasa (Positif) plak ek.... Bye....;)
Dari Mata Arisa,
Arisa
mantapp
ReplyDelete