Pages

Followers

Friday, December 7, 2012

5 CaRa MeNaNgaNi TeKaNaN (CaRa IsLaM)

Assalamualaikum... 

Hai Kawan-Kawan....(trademark)


Kali ni nak kongsi kisah berkenaan dengan kaitan entry semalam. Kalau semalam dah kongsi dengan korang sume tips-tips nak menangani bos yang garang, tegas dan penuntut.. Harini saya nak kongsi cara-cara nak menangani tekanan. Tekanan tu tak kira lah dengan bos ke, dengan kawan-kawan ke.. tekanan kat rumah ke atau kat mana-mana lah......  



Untuk mengatasi situasi tertekan, hati haruslah tenang dan kembali mengingati Allah s.w.t. Apa jua tindakan dilakukan mestilah berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Di bawah ni ada beberapa panduan boleh kita jadikan amalan yang bertujuan mengurangkan tekanan. Jum kita chek it out...... Semoga cara - cara ni boleh dijadikan panduan kita semua..... InsyaAllah...

1) Berwuduk

Biasakan diri anda dalam keadaan berwuduk. Amalan berwuduk memberikan ketenangan Jiwa dan segala kerja yang susah akan menjadi senang diselesaikan. Selain itu,  berwuduk dapat menghindarkan diri dari gangguan syaitan yang suka menghasut apabila kita dalam berkeadaan letih dan marah.

2) Banyakkan Membaca Al-Quran

 Ganjaran yang besar akan diberikan oleh Allah s.w.t. jika umatnya membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai untuk kita membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Biasakan diri dan jadikan Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3)  Banyakkan Solat Sunat

Manusia merupakan makhluk yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. maka kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita  sehari-hari. Amalan sembahyang sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih dan sebagainya; memberikan ketenangan dan kekuatan dalam diri anda.

4) Berdoa kepada Allah s.w.t.

Mengingati Allah s.w.t. senantiasa ketika dalam suka dan duka. Memohon petunjuk dan keampunan agar hari-hari yang dilalui menjadi mudah. Doa yang mustajab beserta keikhlasan dan hati yang suci memohon bersungguh-sungguh akan  dimakbulkan Allah s.w.t. Maka kita digalakkan berusaha supaya mencapai sesuatu hajat di samping berdoa hanya kepada Allah s.w.t. yang Esa.

5)  Beriadah

Aktiviti beriadah dapat mengurangkan tekanan. Badan yang sihat dan otak yang cerdas mampu membentuk peribadi yang berhemah. Segala tekanan di tempat kerja dapat dikurangkan dengan melakukan aktivi-aktivit riadah. Aktiviti riadah  juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan jika kita mengamalkan aktiviti beriadah bersama keluarga.



Ok..Takat ni dulu... Jumpa di entry yang akan datang...... BuBye....;)



Dari Mata Arisa,

Arisa

1 comment:

  1. Poker Tournaments - Casino at Foxwoods Resort and Casino
    You can find Poker Tournaments at Foxwoods Resort and 정읍 출장마사지 Casino 광주광역 출장마사지 in Tournaments are free and 원주 출장마사지 have 남양주 출장마사지 been available in person, all 강원도 출장안마 over the Internet.

    ReplyDelete