Pages

Followers

Monday, November 5, 2012

BUAT TATAPAN SEPUPU YANG PENDENGKI DAN PENCEMBURU....

Dengki..Cemburu...Suka memfitnah.... Sifat yang boleh merosakkan hati manusia.. Begitulah juga ianya dapat merosakkan hubungan sesama saudara... Aku tak faham dengan sepupu aku yang hatinya dah dipenuhi dengan hasad dengki sampaikan sanggup menceritakan tentang keburukan dan aib sepupu dan saudara yang lain.. Cerita-cerita fitnah juga menjadi bahan dalam cerita di blognya sendiri...Memang tak disebutkan nama-nama mereka, tetapi cerita-cerita yang disampaikan jelas menunjukkan "siapa" yang diceritakan... Daripada orang yang tak tahu kisah hidup dia yang banyak masalah terus heboh satu dunia.... Begitulah bahananya dengki dan cemburu yang menjadi permusuhan....

 Wahai sepupuku yang itu..silakan baca cerita mengenai perasaan hasad dengki ini...semoga kamu beroleh hidayah dan petunjuk daripada Allah S.W.T...

Sumber diambil dengan izin daripada laman web :- http://mohamadzakihalim.wordpress.com/2012/08/28/didik-hati-dari-sifat-dengki-dan-cemburu/#comment-215



Kita tidak akan dapat bergaul dengan baik dan mesra jika hati diselubungi oleh rasa dengki dan cemburu kepada kejayaan-kejayaan orang lain. Sikap ini adalah suatu sifat yang meruntuhkan dan tidak berguna. Ia tidak akan menjatuhkan dan merosakkan orang yang didengkikan atau dicemburukannya itu, bahkan akan menjatuhkan dan merosakkan pendengki dan pencemburu itu sendiri.

Makin besar perasaan dengki dan cemburu yang ada pada seseorang, makin besar pula api kesengsaraan dan kegelisahan jiwa dan perasaannya. Makin lama perasaan ini dipendam dalam jiwa, maka akan makin banyak perubahan-perubahan buruk akan lahir pada tingkah-laku dirinya. Dia akan cenderung untuk mengumpat, merendah-rendahkan serta mengecil-ngecilkan kebolehan dan kejayaan orang lain nescaya lambat laun tembelangnya akan terbuka. Akibatnya dia tidak akan disukai dan digemari di dalam masyarakat pergaulannya.


Perasaan dengki dan cemburu ini mula tumbuh apabila seseorang itu merasakan dirinya kurang, rendah dan lemah. Merasakan kedudukannya terancam dan tapak-tapak kebanggaannya bergoyang dan apabila seseorang itu digodai oleh perasaan tamak haloba hendak membolot semua kebaikan dan ketinggian untuk dirinya sahaja.
            Oleh kerana itu sifat dengki dan cemburu ini dianggap sebagai tanda-tanda perasaan kelemahan dan kerendahan diri sendiri. Orang yang percaya kepada kebolehan, kecekapan dan segala kelebihan yang ada pada dirinya tidak akan ada tempat di dalam hatinya untuk perasaan dengki dan cemburu, biar bagaimana besar sekalipun kejayaan orang lain. Bahkan ia akan merasa gembira kerana dapat pula mempelajari segala rahsia kejayaan orang tersebut sebagai contoh teladan untuk digarap bagi membina kejayaan untuk dirinya sendiri.
Perlukah dengki dan cemburu?
Kita tidak perlu  ada sifat dengki dan cemburu, kerana setiap kita mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri dalam bidang hidup masing-masing. Kalau ada orang yang berjaya dengan kelebihan yang ada pada dirinya, kita juga harus berjaya dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Kalau orang tegak dan cemerlang dalam bidang hidupnya, kita juga mempunyai bidang perjuangan hidup sendiri untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka.
            Bongkarkan segala kelebihan dan keistimewaan yang ada pada diri sendiri, kemudian tanamkan kepercayaan yang kukuh dan curahkan segala daya upaya supaya segala kelebihan yang ada itu berkembang dengan seindah-indahnya. Mustahil kita tidak memiliki sesuatu keistemewaan dan kelebihan tertentu. Setiap makluk yang bernama manusia, Allah SWT ciptakan dengan tidak memiliki sifat, bakat dan kelebihan yang sama cuma yang hampir-hampir sama, sebab itu setiap manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu hargai kelebihan yang ada pada diri sendiri yang tidak ada pada orang lain. Usaha sebegini adalah lebih logik, berguna dan membina dari memandang dengan putih mata atau menaruh sifat cemburu dan dengki kepada kejayaan-kejayaan orang lain.
            Tegaskan tukaran perasaan sifat dengki dan cemburu itu dengan rasa keyakinan kepada keistimewaan dan kelebihan diri kita sendiri iaitu kelebihan dan keistimewaan yang memang dijadikan Allah SWT untuk masing-masing diri manusia.
            Ubahkan sikap dengki dan cemburu kepada sikap memuji dan menghargai kebolehan dan kelebihan orang lain. Sikap ini bukan sahaja membuktikan kebesaran dan kematangan jiwa seseorang dan bukan sahaja memberi kerehatan dan ketenangan kepada jiwa, tetapi juga menambahkan kemesraan dalam perhubungan dan pergaulan yang akan memberi keuntungan yang tidak terhingga.

Jangan cuba menjadi penyaing yang menyiksa dan menghalang kejayaan-kejayaan orang lain, bahkan biarlah bakat-bakat gemilang orang lain itu berkembang dengan mekarnya, kerana perkembangan bakat dan kreativiti itu akan memberi manfaat yang berguna kepada masyarakat. Belajarlah bergembira dan bersuka hati mendengar kejayaan orang lain dan bukannya irihati atau sakit hati.
            Ingatlah saudaraku, manusia yang berbahagia dan damai jiwanya itu ialah manusia yang boleh membebaskan dirinya dari kongkongan perasaan perseteruan, kebencian, dengki dan cemburu. Maka akan hilanglah segala sifat buruk yang bakal menjelma dalam jiwa dan dirinya.
Insaflah wahai sepupuku..... Kelak tak de sapa nak berkawan dengan kau....Bertaubatlah....!!!





Dari Mata Arisa,
Arisa
 


Thursday, August 30, 2012

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG


Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana atau ringan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.

2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.


3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.


4. Memandang hina pada golongan bawahan.


5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.


6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.


7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.


8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.


9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.


10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.


11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.


12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.


13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.


14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.


15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.


16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.


17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.


18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.


19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.


20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.


21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.


22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.


23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.


24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.


25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.


26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.

Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.




Dari Mata Arisa,
Arisa

Wednesday, August 1, 2012

NyaNyi SunYi - MasKiaH MaSrOm

Syukur....Lame dah cari Novel ni..akhirnya dapat gak jumpa.. Tu pun cari kat internet.....
(Kedai Buku Online/PTS). Novel ni pernah keluar dalam Harian Metro. Tapi dalam Harian Metro tu die buh tajuknya Cempaka kot.. tak ingat. Disebabkan dah terbaca setengah episod dalam Surat khabar Harian Metro tu buatkan nak tau apa kesudahan cerita tu. Dalam Metro Online pun tak jumpa apa kesudahan ceritanya. Lastly, saya cari jugak buku ni sampai dapat. Yang saya tau kelainan dalam novel ni, penulis (Maskiah Masrom) menyelitkan  prosa tradisional seperti syair, gurindam, seloka, pantun dan seloka . Tak ketinggalan sajak-sajak Amir Hamzah yang punyai makna tersirat. 
Nyanyi Sunyi : Menyanyi untuk hiburkan hati yang sunyi... 
 Kalau korang nak tau Novel ni menceritakan tentang...
Cempaka, pencinta sastera, bahasa dan budaya Melayu yang jatuh cinta kepada 
Dr. Arjuna.  
Imran Baihaqi, ustaz hafiz al-Quran yang meminati kesusasteraan Melayu dan jatuh cinta pada Cempaka. 
Lukmanulhakim, wartawan muda yang meminati kisah-kisah romantis dan mencintai Cempaka. 
Dr. Arjuna, pensyarah bahasa dan kesusasteraan dari Indonesia yang sudah beristeri tetapi jatuh cinta pada Cempaka.
Siapakah akan menjadi pilihan Cempaka???
Ha..... Kalo korang nak tau apa kesudahannya cerita ni sila lah cari buku ni kat internet.. 
Kat kedai-kedai buku pun dah tak jumpa dah....
Sunyi itu Duka
Sunyi itu duka
Sunyi itu kudus
Sunyi itu lupa
Sunyi itu lampus


Dari Mata Arisa,
Arisa

EksPediSi MenaWan GuNuNg AnGsi (Part 2)

Assalamualaikum..

Dalam Blog kali ini saya nak syer pengalaman mendaki & gambar-gambar semasa Ekspedisi ke Gunung Angsi pada 25/02/2012 - 26/02/2012 lepas... Kalo korang nak tau....Gunung Angsi ni adalah sebuah gunung terletak di Ulu Bendul, Negeri Sembilan yang mempunyai ketinggian 825 meter sahaja atau 2702 kaki. Mengikut pendakian biasa masa yang diambil ialah 3 jam mendaki dan 3 jam untuk turun. Itu belum dikira kalo ada halangan ataupun kawan-kawan yang cedera. Kitorang hari tu mengambil masa lebih 8 jam mendaki dan turun ke bawah. Alhamdulillah semuanya selamat. Di bawah ni gamabar-gambar sekitar ekspedisi tersebut.....
Sebelum mendaki lebih kurang jam 8 pagi kami berkumpul di tanjak. (Seperti yang orang JPAM tu cakap la). Masing-masing excited nak panjat gunung tu...(termasuklah aku....eh?mane aku?hihi)
     Untuk permulaan, pendakian bermula dengan jalan rata then baru semakin menaik...
Pendakian bermula...

Berehat melepaskan lelah..
 Akhirnya kami sampai hingga ke Puncak Gunung Angsi..... Lepas ni nak daki gunung mane plak ye..dengar citer ade plan nak naik Gunung Kajang cuti 1 Malaysia ni..eh? ye ke gunung tu?.......hrmmm...nantikan cerita saya dalam blog yang akan datang...Bye-Bye...;)



Dari Mata Arisa,
Arisa