Pages

Followers

Tuesday, January 8, 2013

SAYA SUKA MAKAN OAT


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Hai..Hai..dan Hai... Bukan Bai.. Bai.. Bai..(Ape lak merepek ni).... Erm... Korang suke makan oat tak? Sape suke angkat lah tangan.... ""Saye... Saye.... Saye suke....."" (Sambil angkat2 kedua2 belah tangan ni...)"" Huh... Korang taw tak ape khasiatnye OAT ni? Nak taw? Nak Taw? Betul ni? Moh teman nak shaaarreeee..........


                                     Rupa Oat Sebenar                              Instant Oatmeal


TAKRIF OAT


Oat merupakan makanan yang mempunyai pelbagai kebaikan. Terdapat bermacam-macam jenis Oat seperti Oat Groats, Steel Oats, Rolled Oat dan Instant Oat. Walau apa jenis sekalipun jenis oat, kandungan nutrientnya tetap sama, cuma yang berbeza hanyalah cara penyediaan dan rasa selepas ia dimasak. Walaubagaimanapun, oat berperisa yang banyak dijual di kedai adalah tidak termasuk dalam kategori berkhasiat tinggi kerana oat jenis ini mengandungi gula yang sangat tinggi. Adalah dinasihatkan agar memilih plain oat untuk dimakan.

FAKTA TENTANG OAT

  1)Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu  memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari?

  2)Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada  kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.

  3)Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher  memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik. 

  4)Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa         pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

  5)Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu      menghapuskan  kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri dan mencegah penyakit jantung. Empingan oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol dalam darah tetapi menjamin kesihatan usus dengan membekalkan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten yang diperlukan untuk membaharui sel usus.

  6)Oat secara khusus nya mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksida yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.

KEBAIKAN OAT
    1) Merendahkan kolestrol dalam badan.

    2) Mengawal kandungan gula dalam badan dalam jangka masa panjang. 

    3) Mengandungi bahan anti kanser- kepada wanita dapat mengelakkan breast Kanser. 

    4) Mengawal tekanan darah- membantu mengurangkan hypertension, dan merendahkan tekanan darah tinggi. 

    5) Kandungan fiber dalam oat membantu sistem perkumuhan badan. 

    6) Membantu dalam penurunan berat badan kerana oat memberikan rasa kenyang dalam jangka masa panjang, disebabkan kandungan fiber dalam oat. - Kanak-kanak yang makan oat kebiasaannya jarang mengalami overweight. 

    7) Sumber karbohidrat yang memberikan tenaga kepada badan. 

    8) Oat juga mengadungi senarai panjang nutrient lain seperti asid amino yang membantu fungsi badan, vitamin seperti thiamin, folic acid, biotin, pantothenic acid & vitamin E. Selain itu juga mengandungi zinc, selenium, copper, iron, manganese & magnesium.



      Huishh..banyaknye kebaikan-kebaikan oat untuk kesihatan seharian kita..ape lagi kome...jom le makan Oat... Pagi-pagi makan lima sudu Oat buat sarapan pastu malam plak 5 sudu lagi.. Kompem berat boleh turun.....;)

      Okey..takat ni dulu ye.... Jumpe di entry yang akan datang..... Selamat makan Oat....Assalamualaikum.......;)




      Dari Mata Arisa,

      Arisa

      No comments:

      Post a Comment