Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia
Hai..Hai..dan Hai... Bukan Bai.. Bai.. Bai..(Ape
lak merepek ni).... Erm... Korang suke makan oat tak? Sape suke angkat lah
tangan.... ""Saye... Saye.... Saye suke....."" (Sambil angkat2
kedua2 belah tangan ni...)"" Huh... Korang taw tak ape khasiatnye OAT
ni? Nak taw? Nak Taw? Betul ni? Moh teman nak shaaarreeee..........
Rupa Oat Sebenar Instant Oatmeal
TAKRIF
OAT
Oat merupakan makanan yang mempunyai
pelbagai kebaikan. Terdapat bermacam-macam jenis Oat seperti Oat Groats,
Steel Oats, Rolled Oat dan Instant Oat. Walau apa jenis sekalipun
jenis oat, kandungan nutrientnya tetap sama, cuma yang berbeza hanyalah cara
penyediaan dan rasa selepas ia dimasak. Walaubagaimanapun, oat berperisa yang
banyak dijual di kedai adalah tidak termasuk dalam kategori berkhasiat tinggi
kerana oat jenis ini mengandungi gula yang sangat tinggi. Adalah dinasihatkan
agar memilih plain oat untuk dimakan.
FAKTA TENTANG OAT
1)Tahukah anda bahawa untuk menjaga
kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap
hari?
2)Oat sudah bertahun lamanya terkenal
kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama
sekali kepada kesihatan jantung.
3)Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja
Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat
sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan
secara saintifik.
4)Lebih
daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan
oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam
oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian
diet rendah lemak & kolestrol anda.
5)Oat mengandungi serat larut yang secara
aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh
menyumbat arteri dan mencegah penyakit jantung. Empingan oat bukan sahaja
berkesan menurunkan tahap kolesterol dalam darah tetapi menjamin kesihatan usus
dengan membekalkan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten yang
diperlukan untuk membaharui sel usus.
6)Oat secara khusus nya mengandungi banyak
flavonoid yang merupakan antioksida yang amat berkesan untuk membantu mencegah
penyakit jantung.
KEBAIKAN OAT
1) Merendahkan kolestrol dalam badan.
2) Mengawal kandungan gula dalam badan dalam jangka masa panjang.
3) Mengandungi bahan anti kanser- kepada wanita dapat mengelakkan breast Kanser.
4) Mengawal tekanan darah- membantu mengurangkan hypertension, dan merendahkan tekanan darah tinggi.
5) Kandungan fiber dalam oat membantu sistem perkumuhan badan.
6) Membantu dalam penurunan berat badan kerana oat memberikan rasa kenyang dalam jangka masa panjang, disebabkan kandungan fiber dalam oat. - Kanak-kanak yang makan oat kebiasaannya jarang mengalami overweight.
7) Sumber karbohidrat yang memberikan tenaga kepada badan.
8) Oat juga mengadungi senarai panjang nutrient lain seperti asid amino yang membantu fungsi badan, vitamin seperti thiamin, folic acid, biotin, pantothenic acid & vitamin E. Selain itu juga mengandungi zinc, selenium, copper, iron, manganese & magnesium.
Huishh..banyaknye kebaikan-kebaikan oat
untuk kesihatan seharian kita..ape lagi kome...jom le makan Oat... Pagi-pagi makan lima sudu Oat buat sarapan pastu malam plak 5 sudu lagi.. Kompem berat
boleh turun.....;)
Okey..takat ni dulu ye.... Jumpe di entry
yang akan datang..... Selamat makan Oat....Assalamualaikum.......;)
No comments:
Post a Comment