Pages

Followers

Sunday, November 25, 2012

PRoSes PenGendaLiaN MesYuaRat....

Assalamualaikum.....

Hai kawan-kawan......

Just nak share proses pengendalian mesyuarat dari mula hingga akhir....... harap dapat pengetahuan tentang proses-proses dari mula hingga akhir mesyuarat......


SEBELUM MESYUARAT

1) Tentukan jenis mesyuarat 

2) Pilih tarikh mesyuarat

3) Hantar surat jemputan mesyuarat

4) Tempah bilik mesyuarat

5) Tempah makanan dan minuman

6) Sediakan folder mesyuarat
    -Agenda
   -Minit Mesyuarat
   -Maklum balas
   -Kertas Kerja

7) Tempah laptop dan LCD (jika diperlukan)

8) Confirmkan kehadiran ahli mesyuarat

9) Confirmkan tarikh mesyuarat dengan pengerusi

10) Brief Pengerusi

10) Sediakan senarai kehadiran

11) Sediakan deraf minit mesyuarat (memudahkahkan proses menyediakan minit)

12) Tempah kenderaan untuk ke tempat pejabat (jika mesyuarat jauh dari pejabat)



SEMASA MESYUARAT


1) Setup tempat mesyuarat dan peralatan untuk presentation

2) Edarkan folder mesyuarat

3) Edar senarai kehadiran untuk tandatangan

4) Catat minit mesyuarat


SELEPAS MESYUARAT

1) Menyediakan minit mesyuarat (3hari)

2) Edar minit mesyuarat



Ok..Takat ni dulu.......BuBye.......;)



Dari Mata Arisa,

Arisa


Friday, November 23, 2012

PeTua ImAm SyaFie

Assalamualaikum....

Hai kawan-kawan.....

Harini nak kongsi sedikit petua..... daripada Imam Syafie... Mane ntah aku dapat petua ni.. tak ingat dah..tibe-tibe harini godek-godek My Laptop terbace lak petua ni... jum amalkan.....


4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR


1.
TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka

Sekian, terima kasih.......BuBye........



Dari Mata Arisa,

Arisa

Thursday, November 22, 2012

SoaLan di JawaB deNgaN SoALan......

Assalamualaikum.... Hai kawan-kawan......

Pernah tak korang menghadapi situasi bila soalan yang diajukan dijawab dengan soalan....? Mesti pernah kan? kan? kan? hehe... Jum kite tengok situasi di bawah ini........;)

Situasi 1
A : Weh, nak makan mane?
B : Nak makan mane? Aku mane tau.....

Situasi 2
A : Ko nak makan ape?
B : Ko ade duit ke nak beli makanan?

Situasi 3
A : Cantek ar kete tu..... Minat plak aku...ko suke tak?
B : Ko nak beli ke?

Situasi 4
A : Ko rase kalo aku ngorat minah tu die layan tak?
B : Ko rase??

Situasi 5
A : Aku lapar la... Ko lapar tak?
B : Tadi ko tak makan ke?

Situasi 6
A : Agak-agak bile la aku ni nak kawen ek?
B : Ko nak kawen ke?

Situasi 7
A : Hai..bile la aku ni nak ade duit banyak ni?
B : Aritu gi intebiu dapat ke keje tu?

Situasi 8
A : Sape di dalam? Ade orang kat umah ke?
B : Sape tu?

Situasi 9
A : Boleh tak kalo aku nak bagi penampo kat budak tu?
B : Ko dah lame idop ke?

Situasi 10
A : Ko rase patut tak aku amek barang tu?
B : Ko nak kena penampo ke?



Dari Mata Arisa,

Arisa

25 PERIBAHASA (POSITIF)

Assalamualaikum....

Seperti yang dijanjikan...jom kite chek it out 25 peribahasa yang berunsur positif......


1) Ada ubi ada batas, ada budi ada balas [Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang baik juga]

2) Alah bisa, tegal biasa [Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan]

3) Alah membeli, menang memakai [Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan barang itu tahan lama]

4) Anak baik menantu molek [Mendapat untung baik yang datang berganda-ganda]

5) Belakang parang kalau diasah nescaya tajam [Bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika diasuh akhirnya dia akan pandai juga]

6) Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk [Kembali ke tempat asalnya]

7) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian [Merempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan]

8) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing [Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada susah atau mudah]

9) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga [Perbalahan antara
adik-beradik tidak akan berpanjangan]

10) Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan [Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu]

11) Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri [Meneruskan sesuatu pekerjaan yang kurang berharga, mungkin akan mendatangkan hasil kelak]

12) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan [Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai]

13) Dua badan senyawa [Dua orang yang berteguh janji taat setia sehidup semati; sangat karib]

14) Esa hilang, dua terbilang [Berusaha dengan sungguh-sungguh dan tidak takut menghadapi risikonya]

15) Gagak bensuara murai [Rupanya hodoh tetapi suaranya mendu dan baik budi bahasanya]

16) Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama [Orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya setelah meninggal dunia]

17) Garam jatuh di air [Nasihat yang diterima dengan baik atau dipatuhi]

18) Garam dikulum tidak hancur [Orang yang pandai menyimpan rahsia]

19) Hanya air dingin yang dapat memadamkan api [Kata-kata yang lemah lembut dapat menyejukkan hati yang marah]

20) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri [Walau bagaimana mewah dan baik negara orang berbanding dengan negara sendiri, lebih baiklah berada di negara sendiri]

21) Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati [Budi-baik seseorang tidak dapat dibayar melainkan dikenang selama-lamanya]

22) Jika ular menyusur akar sekalipun tak akan hilang bisanya [Orang mulia atau berpangkat tinggi tidak akan jatuh darjatnya sekalipun dia bergaul dengan orang kebanyakan]

23) Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau [Orang yang berketurunan baik, ke mana-mana sahaja dia pergi akan tetap menjadi baik]

24) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni [Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi kesusahan]

25) Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa [Jika orang telah berbudi kepada kita, kita harus membalasnya dengan baik]

Selamat belajar  Peribahasa..... jumpa lagi... Bye....




Dari Mata Arisa,

Arisa

Wednesday, November 21, 2012

25 PERIBAHASA (NEGATIF)

Assalamualaikum..... Kawan-kawan...

Jom belajar peribahasa......


1) Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung [Orang yang mendapat sesuatu dengan banyak berdiam diri sahaja sedangkan orang yang mendapat sesuatu dengan sedikit, heboh memberitahu orang lain tentang hal itu]

2) Ada bangkai adalah hering [Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat]

3) Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat]

4) Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau [Seseorang yang ada ilmu jika tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah]

5) Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan]

6) Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga [tidak berfaedah mencampuri pergaduhan antara suami isteri atau sanak-saudara orang kerana setelah mereka berbaik-baik, kita akan diketepikan]

7) Alah sabung, menang sorak [Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar]

8) Anjing galak, babi berani [Bertemu lawan yang sepadan, berani sama berani, kuat sama kuat]

9) Anjing ditepuk menjongket ekor [Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan menjadi sombong]

10) Bagaimana acuan begitulah kuihnya [Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya]

11) Batu direbus masakan empuk [Orang yang bebal, bagaimana diajar sekalipun tidak akan pandai]

12) Berani kerana benar, takut kerana salah [Bertindak kerana berada di pihak yang benar]

13) Berhakim kepada beruk [Minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu mendapat kerugian]

14) Cacing hendak menjadi naga [Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang berpangkat tinggi]

15) Cakap sejengkal dibawa sehasta [Perkara yang kecil diperbesar]

16) Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga [Sekiranya seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri, dia pun akan turut berasa susah]

17) Gigi dengan lidah adakala tergigit juga [Suami isteri atau sanak saudara adakalanya berselisih faham juga]

18) Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong [Seseorang yang suka menonjol-nonjolkan dirinya kepada orang lain sedangkan orang berkenaan langsung tidak memberikan perhatian terhadapnya]

19) Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang [Jika perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata tentang hal itu]

20) Rebung tidak jauh dan rumpun [Perangai anak tidak jauh bezanya daripada perangai ibu bapa mereka]

21) Runcing tanduk berbelang kening [Sudah terkenal jahatnya]

22) Siapa makan cili dialah berasa pedas [Siapa yang melakukan kesalahan, dialah yang terasa bersalah apabila orang lain menyindirnya]

23) Sumpit penuh tidak berisi [Orang yang bodoh tetapi berlagak seperti orang pandai-pandai]

24) Takkan buaya menolak bangkai [Orang yang berperangai jahat susah hendak meninggalkan perangai buruk itu]

25) Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket [Tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri]


Ok... Next time kite belajar 25 Peribahasa (Positif) plak ek.... Bye....;)



Dari Mata Arisa,

Arisa

PeNuLis BLoG YaNg KiaN MeLaTaH....

Assalamualaikum..


Hai kawan-kawan....dan hai penulis blog (yang berkaitan je la kan) yang kian melatah...



Aku hairan kenapa ada sesetengah blogger yang cepat melatah bila terbaca entry-entry yang.....macamana nak cakap ek.. ha...... yang macam pepatah ni..... "Siapa Makan Cabai Die la Terasa Pedasnya".. Bila dah baca blog orang, die fikir lain dan yang paling teruk Siap mengamuk-ngamuk lagi.... and membebel-bebel tak tentu hala dalam blog...... ape ke heinye pun....Okey Jom kite tengok gambo cili.......hahahaha....



Cabai Tonggek

 

Cabai Masak



Cabai Burung



Haaa.... masak lemak pun sodap ni..  Jadi kepada yang cepat melatah bile baca blog orang tu cepat-cepat la makan cabai a.k.a cili..... Bye...

P/S :- Oppsss...Telebey sudah.... Nak bagitaw.... Ini Blog aku.. suka ati la aku nak tulis ape kan... Blog aku, aku punya.. Blog Kau, Kau punya.. Shut-Up..... Nak terase wat pe..bukan mention nama sesape pun ke hape ke... Sila print...haha...




Dari Mata Arisa,

Arisa

Tuesday, November 20, 2012

ADAB-ADAB MERISIK, BERTUNANG DAN PERKAHWINAN


Assalamualaikum..

Hai kawan-kawan...  kali ni teman nak cerita tentang adab merisik, meminang (bertunang) dan adab berkahwin... Sumber dipetik daripada (http://syokkahwin.com/). Saja je teman  search tentang perkahwinan. Tibe-tibe plak suke bace artikel ni.....Jadi nak share la....Nak taw juga adab-adab die kan... Sesape yang bakal mengalami perkara-perkara ni kena la belajar dulu... Budged of course la kena cukup... kalo tak cukup budged tu kena la guna barang-barang terpakai ke atau barang-barang yang murah... Buat bunge sendiri ke....Cut Cost orang kate... yang penting kita tidak membazir atau berlebih-lebihan. Betul tak.....? Barang-barang terpakai di sini macam barang turun temurun la.. Contohnye macam dulang hantaran..boleh guna dulang daripada kakak atau makcik-makcik yang dah kawin..kan jimat tu.. hehe.. oh..ape teman belepek-lepek ni... tanpa membuang masa... jom kite chek it out adab-adab tersebut..... Happy reading....



ADAB MERISIK
Seperti lagaknya penyiasat, bakal menantu harus juga dirisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Kadang-kadang secara berjenaka kebolehan seseorang memasak juga ditanya. Jika seorang perempuan itu diketahui sudah tidak dara lagi, nilai hantaran belanja kahwinnya  akan terjejas. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Sebelum datang biasanya jumlah rombongan pihak lelaki akan ditetapkan dengan pihak wanita.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik serta mampu menyara wanita terbabit.
Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan dan juga perkahwinan. Ada kalanya hantaran untuk perkahwinan juga ditetapkan. Ada sesetengahnya juga membawa beberapa dulang hantaran. Merisik ini biasanya dilakukan oleh mereka yang berasal dari utara Semenanjung. Sesetengah pihak menganggap upacara ini tidak perlu diadakan kerana kadangkalanya pasangan telah keluar bertahun-tahun dan amat dikenali oleh ibubapa masing-masing. Oleh sebab itu adat merisik jarang dilakukan lagi, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

   Cincin belah rotan yang dibawa semasa merisik



ADAB BERTUNANG

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Jika tidak dibincangkan di majlis merisik atau majlis merisik tidak dilakukan, hantaran, tarikh dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara akad nikah akan dibincangkan.
Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri/jamuan ringkas akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.
   
                   
Sirih junjung

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.

Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.
Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.

Tunang Mengikut Syariat Islam. Baca artikel ini. Dipetik dari www.yadim.com.my



KURSUS KAHWIN

Perkara yang paling penting dalam persiapan perkahwinan ialah memastikan anda telah mendapat kelulusan untuk berkahwin daripada Jabatan Agama kawasan anda, contohnya ialah JAWI, JAIS, MAIK dan sebagainya. Tapi sebelum anda membuat permohonan untuk berkahwin, ada beberapa prosedur yang mesti diikuti antaranya ialah mengikuti kursus kahwin.



Kursus Perkahwinan - Ada dua jenis kursus perkahwinan iaitu kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Agama dan kursus oleh pihak swasta. Walaupun kedua-dua kursus ini hampir serupa tetapi anda dinasihatkan supaya mengambil kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Agama kerana ia mungkin memudahkan langkah seterusnya. Bakal pengantin yang mengambil kursus swasta mungkin ditemuduga oleh Jabatan Agama ketika membuat permohonan berkahwin. 

Anda dinasihatkan pergi berkursus bersama-sama pasangan anda agar segala maklumat dan ilmu dapat difahami dan dimanfaat bersama. Ada baiknya jika apa yang diajar dapat dibincangkan dan dihayati keseluruhannya. Apabila selesai berkursus yang biasanya mengambil masa dua hari, anda akan menerima Sijil Tamat Kursus yang boleh diambil di Jabatan Agama. Sijil ini sah sampai bila-bila.



DAFTAR KAHWIN

1. Setelah menerima sijil, anda bolehlah mengisi borang permohonan berkahwin yang boleh didapati dari pejabat Jabatan Agama daerah anda mengikut kad pengenalan. Isikan lengkap dan sertakan bersama surat akuan bujang yang dimateri dengan cap syarikat tempat anda bekerja. Kemudian dapatkan tandatangan jurunikah atau wakil jurunikah atau ketua kariah tempat anda. Bawa bersama dua orang saksi semasa anda mendapatkan tandatangannya. 


2. Serahkan borang yang telah lengkap kepada bakal pengantin perempuan. Pengantin perempuan juga perlu mengisi borang permohonan bernikah. Mereka hendaklah memohon di Jabatan Agama mengikut alamat dalam kad pengenalan. Selain dilampirkan dengan surat akuan bujang dan borang permohonan pengantin lelaki, pengantin perempuan perlu membawa bersama wali dan dua orang saksi ke pejabat Jabatan Agama ketika menyerahkan borang yang lengkap diisi. Bagi pengantin yang akan bernikah di tempat lain, mereka perlu merujuk pula kepada Jabatan Agama tempat tersebut. 

3. Setelah kelulusan didapati, sila tetapkan tarikh akad nikah dengan jurunikah.

4. Setelah akad nikah dijalankan, sila serahkan gambar untuk urusan memohon sijil dan kad nikah.


AKAD NIKAH

Akad nikah merupakan satu acara yang paling penting dan wajib dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Jika dalam kristian, "wedding vows and kissing the bride"adalah kemuncaknya, perkahwinan dalam Islam disahkan dengan lafaz nikah. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah (biasanya putih atau cream) dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. 
Dalam waktu moden ini, lelaki akan duduk di atas bantal empuk/gebu. Tapi yang hairannya Tok Kadi hanya duduk di atas hamparan biasa sahaja. Nyata sekali hanya pengantin lelaki yang diraikan. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau….(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak …..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.

Ada sesetengahnya mengatakan bahawa majlis akad nikah patut dilakukan di dalam masjid atau surau kerana tempat ini terpelihara daripada perhiasan-perhiasan gambar atau patung yang membawa kepada unsur-unsur syirik selain daripada masjid sebagai tempat yang mulia. Selain daripada itu memudahkan lelaki untuk melakukan solat sunat nikah dan sujud syukur setelah diakad nikah dan mengelakkan percampuran bukan muhrim antara lelaki dan perempuan. Berbanding sekiranya majlis ini dijalankan di rumah, percampuran lelaki dan perempuan sukar dikawal. Lebih-lebih lagi sekiranya rumah pengantin perempuan kecil dan sempit. Pada hari yang dijadualkan itu, biasanya tetamu perempuan dan pengiring pengantin lelaki akan duduk di tempat majlis akad nikah itu dijalankan. Ini dianggap sebagai mengganggu pengantin lelaki kerana wanita sepatutnya mesti berada di dalam bilik atau diasingkan dengan tirai atau sekatan supaya terlindung daripada kaum lelaki.

Amat mustahak calon isteri menyaksikan upacara pernikahan iaitu bersama-sama mendengar doa, takliq dan nasihat-nasihat kadi yang menikahkan. Manakala selepas upacara pernikahan seeloknya diiringi dengan majlis-majlis keagamaan seperti majlis khatam Al-Quran dan majlis berzanji bukan muzik, hiburan pancaragam atau tarian.i.

Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.



BERINAI

Majlis ini tidaklah wajib, tetapi lebih kepada adat. Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat.
Berinai curi – diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.
Berinai kecil – diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.
Berinai besar – diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.
Selepas adat berinai besar dilakukan, selalunya pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.



HANTARAN KAHWIN

Hantaran dilakukan semasa bertunang dan/atau masa akad nikah. Pada hakikatnya, hantaran tidak diwajibkan di dalam Islam. Hantaran dari pihak perempuan biasanya lebih daripad pihak lelaki dengan dua dulang. Jadi sekiranya pihak lelaki menghantar 7 dulang, pihak perempuan akan membalas sebanyak 9 dulang. Jumlah hantaran adalah selalu ganjil. Selalunya hantaran dijadikan pengukur tentang status dan "budget" perkahwinan pasangan yang berkahwin. Oleh sebab itu industri menghias hantaran telah menjadi semakin berkembang.


Mengikut adat resam, menghantar belanja biasanya dijalankan terlebih dahulu dan berasingan dengan upacara akad nikah, tetapi pada zaman sekarang, menghantar belanja selalu dijalankan bersama dengan akad nikah dengan tujuan menjimatkan masa dan perbelanjaan. Di antara barang-barang yang termasuk dalam kategori wajib bagi melengkapkan sesuatu hantaran adalah seperti berikut, dan hantaran tersebut akan turut sama diarak dengan mempelai sebelum bersanding.

•  Wang mas kahwin dan belanja (ada yang menyerahkan wang mas kahwin tersebut terus ke tangan isteri selepas selesai upacara akad nikah) yang diletakkan di dalam dulang atau batil bertudung diperbuat daripada perak atau tembaga putih.
•  Sebentuk cincin permata berbatu intan atau ber1ian yang diletakkan di dalam cembul atau kotak perak.
•  2 pasang kain dan sehelai baju dari jenis yang cukup baik dan berkualiti, dilipat di dalam talam perak atau tembaga putih bertudung.
•  Beberapa jenis kuih juadah, yang setiap satunya diletak di dalam sebuah pinggan besar bertudung dan dihias beralaskan talam.
•  Beberapa jenis buah-buahan yang segar disusun di dalam bekas atau talam ditudung.
•  Tepak sirih atau puan perak atau tembaga putih yang diisi lengkap.
•  Satu atau dua perecik atau perenjis air mawar dan dua kaki dian atan lilin.

Semua barang tersebut akan dibawa setiap satunya oleh seorang pemuda dan diarak daripada rumah mempelai itu ke rumah pengantin perempuan bersama-sama dengan mempelai yang sudah siap berpakaian lengkap Melayu asli atau pakaian haji iaitu berserban dan berjubah bagi memulakan upacara Majlis Akad Nikah. Mempelai dan rombongannya akan disambut oleh pihak pengantin perempuan dan mereka akan terus dibawa naik ke rumah. Semua barang hantaran akan diatur, biasanya di hadapan pelamin. Pelamin ialah suatu ruang yang telah disiapkan biasanya seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan ia merupakan tempat di mana kedua-dua pengantin akan bersanding di hadapan semua tetamu.



MAJLIS PERKAHWINAN

Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari (Ratu sehari takde pulak istilah yang digunakan!)

Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Tetapi dalam keadaan moden sekarang, banyak yang menggunakan fesyen french lace dan sebagainya. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik.

Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Kadangkala sebelum memasuki rumah perempuan, upacara berpantun akan dilakukan. Pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Tetamu kehormat yang hadir biasanya akan diberikan peluang untuk melakukan upacara ini. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur  atau hadiah saguhati sebagai mengingati upacara kahwin dan terima kasih kerana sudi datang.

Seterusnya, majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Ini selalu diadakan di meja utama dengan hidangan lauk-pauk yang lebih daripada tetamu yang hadir. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang.

Di sesetengah tempat, dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi berlimau. Upacara ini dilakukan sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa atau air limau. Adat ini hanya dilakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.

Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa mengadakan majlis persandingan.

Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.




Dari Mata Arisa,

Arisa