Assalamualaikum..
Hai kawan-kawan....
Hmm....Tengah duduk sengsorang...tiba-tiba teringat akan Novel ni... Teringat jugak kenangan-kenangan lalu..... Novel ni pernah aku hadiahkan pada seseorang..dan aku rasa rindu sangat nak baca semula novel ni..Jadi..Jari-jemari ni pun laju menaip perkataan "Novel Ke mana Hatimu" di Google..... Di bawah ni sinopsis die.... Kalau ada kesempatan aku nak cari Novel ni....
Kisah mengenai Nurul seorang gadis yang bertunang dengan Izuddin, tetapi
hubungan mereka terputus ditengah jalan disebabkan usia yang tidak matang.
Izuddin telah diduga dengan kehadiran Ayu, lalu memutuskan pertunangannya
dengan Nurul. Sedangkan Nurul telah diterima dengan baik oleh keluarga Izuddin.
Malah kedua org tua Izuddin (Pn. Noraini dan En. Johan) juga tidak bersetuju pada
mulanya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Nurul pasrah, lalu
membawa diri, berhenti kerja dari syarikat kumpulan cemerlang dan mencari kerja
lain. Ketika ditemuduga di syarikat Karim Gazzali Associates, dia telah
dipanggil untuk menjawat jawatan eksekutif, walaupun dia pada mulanya memohon
temuduga untuk kerani.
En. Karim tuan punya
Karim Gazzali Associates, yang mengarahkan En Samsuddin mengambil Nurul bekerja
dengannya, rupa-rupanya ada kena mengena dengan kisah silam En. Karim, yang
kehilangan isteri dan anak.
Razen, siswazah
menganggur yang baru berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja di Restoran Rista
pula mula mengambil berat keadaan Nurul. Sementara itu, syarikat Izuddin telah
ditawarkan untuk bekerjasama dengan syarikat Tengku Faeez, syarikat Citrasunyi
Decorators milik Tengku Razeda...
Disinilah timbul
konflik, dimana Tengku Razeda cuba menggoda Izuddin, sedangkan hati Izuddin
masih pada Nurul. Tengku Razeda membuat ancaman demi ancaman pada Nurul melalui
sms. Hingga lah klimaks kejadian berlaku di One Utama, pergaduhan antara
Izuddin dan Razen disebabkan oleh salah faham Izuddin pada Razen yang
dianggapnya ingin mengambil Nurul. En. Karim datang ketika kejadian, lalu
menembak sedas tembakan, menyebabkan terlerai pergaduhan...
Sekian.....Bye....
Dari Mata Arisa,
Arisa
No comments:
Post a Comment