Pages

Followers

Thursday, November 8, 2012

Produk Jamu Pilihan Saya....;)

Hai..Kawan-kawan... Kali ni saya nak cerita Khasiat Jamu Kaplet Perawatan Remaja Putri.. Sekarang ni saya sedang mengamalkan jamu untuk kesihatan tubuh badan..Maklumlah..umur dah makin meningkat..kena la jaga kesihatan luaran dan yang paling penting kesihatan dalaman... Jum saya nak kongsi khasiat-khasiat die.. Untuk pengetahuan kawan-kawan... Kaplet Perawatan Remaja Putri dirumus dari pelbagai jenis herba-herba asli yang telah di amalkan oleh wanita-wanita dari Kepulauan Indonesia sejak turun temurun. Mereka percaya dengan mengamalkan herba-herba alami dapat membantu mengekalkan dan meningkatkan kesihatan dalaman tubuh mereka dalam menjalani kehidupan seharian.Jum kite check it out....


Khasiat Kaplet Perawatan Remaja Putri Mustika Ratu

  • Memelihara kecantikan, kesihatan dan kewanita.
  • Membantu melancarkan peredaran haid.
  • Menghaluskan kulit dan mengurangkan masalah jerawat.
  • Membantu menguatkan tubuh badan dalam menjalani tugas seharian.
  • Amat sesuai untuk wanita yang mementingkan tubuh badan.
  • Membantu melegakan kepenatan fizikal
  • Membantu memulihkan kesihatan dalaman wanita.

Kaplet Perawatan Remaja Putri terdiri daripada 4 jenis perawatan iaitu:

A) Pil Parem Kaneman
Digunakan secara tradisional untuk memelihara kesihatan wanita.
Kandungan Pil Parem Kaneman:
1.   Halia (Zingiber Officinale)
2.   Kencur (Kaempferia Galangae Rhizoma)
3.   Kunyit (Curcuma Domestica Rhizoma)
4.   Jati Belanda (Guazuma Ulmifolia Lamk Folium)
5.   Buah Pala (Myristica fragrans Houtt Semen)
6.   Lada Hitam (Piper Cubeba Fructus)
7.   Cengkih (Syzigium Aromaticum Zingiber Purpureum)
8.   Fernleaf Dill (Anethum Graveolens)
9.   Pulasari (Alyxia Reinwardtii)

Cara Guna Produk: Dimakan 1 kaplet sehari selama diperlukan. Diambil setiap hari Isnin dan Khamis

B) Pil Sekar Kedaton

Digunakan secara tradisional untuk memelihara kesihatan dan menyegarkan badan:
Kandungan Pil Sekar kedaton

1.   Halia (Zingiber Officinale)
2.   Fernleaf Dill (Anethum Graveolens)
3.   Pulasari (Alyxia Reinwardtii)
4.   Kencur (Kaempferia Galangae Rhizoma)
5.   Temu Hitam (Curcuma Aeruginosa roxb)
6.   Sambong (Blumea Balsamifera)
7.   Kedawong (Parkia Roxburghii)
8.   Buah Pala (Myristica fragrans Houtt Semen)
9.   Daun Sapu-sapu (Baeckea Frutescens)
10. Cabai Jawa (Piper Retrofractum Vahl)

Cara Guna Produk: Dimakan 1 kaplet sehari selama diperlukan. Dimakan pil setiap hari Selasa dan Jumaat
 
C) Pil Suri Ayu

Digunakan secara tradisional untuk membantu melancarkan peredaran haid, menghaluskan kulit dan mengurangkan masaalah jerawat
Kandungan Pil Suri Ayu:

1.   Kencur (Kaempferia Galangae Rhizoma)
2.   Bunga Jasmine Malam (Nyctanthes Arbor Tristis)
3.   Temulawak (Curcuma Xanthorrhiza Roxb)
4.   Temugiring (Curcuma Heyneana)
5.   Bangle-Temulawak (Zingiber Purpureum)
6.   Dukung Anak (Phyllanthus Niruri)
7.   Lada Hitam (Piper Cubeba Fructus)
8.   Biji Ketumbar (Coriandrum Sativum)
9.   Halia (Zingiber Officinale)
10. Bidara Upas (Merremia Mammosa)
11.Orthosiphon aristatus

Cara Guna Produk: Dimakan 1 kaplet sehari selama diperlukan. Dimakan setiap hari Rabu dan Sabtu

Pil Nur Cahyo

Digunakan secara tradisional untuk melegakan kepenatan fizikal
Kandungan Pil Nur Cahyo:

1.   Temulawak (Curcuma Xanthorrhiza Roxb)
2.   Beluntas (Pluchea Indica)
3.   Kunyit (Curcuma Domestica Rhizoma)
4.   Daun Pegaga (Centella Asiatica)
5.   Cabai Jawa (Piper Retrofractum Vahl)
6.   Gelenggang (Cassia Alata)
7.   Dukung Anak (Phyllanthus Niruri)
8.   Kencur (Kaempferia Galangae Rhizoma)
9.   Misai Kucing (Orthosiphon Aristatus)

Cara Guna Produk: Dimakan 1 kaplet sehari selama diperlukan. Dimakan pil setiap hari Ahad


Peringatan : Ini adalah persediaan tradisional. Wanita hamil dilarang mengambil produk ini. Simpan di tempat kering.

No Pendaftaran KKM:

1.   Pil Parem Kaneman MAL 09062158T
2.   Pil Sekar Kedaton MAL 09062157T
3.   Pil Suri Ayu MAL 09062159T
4.   Pil Nur Cahyo MAL 09062156T


Kandungan:- 28 kaplet
Harga :- SM : RM 19.90

Jamu ni boleh didapati di kedai-kedai yang menjual produk jamu... Ok... Sekian dulu...Nanti saya nak cerita khasiat jamu-jamu lain plak...Byee....;-)




Dari Mata Arisa,

Arisa

Monday, November 5, 2012

BUAT TATAPAN SEPUPU YANG PENDENGKI DAN PENCEMBURU....

Dengki..Cemburu...Suka memfitnah.... Sifat yang boleh merosakkan hati manusia.. Begitulah juga ianya dapat merosakkan hubungan sesama saudara... Aku tak faham dengan sepupu aku yang hatinya dah dipenuhi dengan hasad dengki sampaikan sanggup menceritakan tentang keburukan dan aib sepupu dan saudara yang lain.. Cerita-cerita fitnah juga menjadi bahan dalam cerita di blognya sendiri...Memang tak disebutkan nama-nama mereka, tetapi cerita-cerita yang disampaikan jelas menunjukkan "siapa" yang diceritakan... Daripada orang yang tak tahu kisah hidup dia yang banyak masalah terus heboh satu dunia.... Begitulah bahananya dengki dan cemburu yang menjadi permusuhan....

 Wahai sepupuku yang itu..silakan baca cerita mengenai perasaan hasad dengki ini...semoga kamu beroleh hidayah dan petunjuk daripada Allah S.W.T...

Sumber diambil dengan izin daripada laman web :- http://mohamadzakihalim.wordpress.com/2012/08/28/didik-hati-dari-sifat-dengki-dan-cemburu/#comment-215



Kita tidak akan dapat bergaul dengan baik dan mesra jika hati diselubungi oleh rasa dengki dan cemburu kepada kejayaan-kejayaan orang lain. Sikap ini adalah suatu sifat yang meruntuhkan dan tidak berguna. Ia tidak akan menjatuhkan dan merosakkan orang yang didengkikan atau dicemburukannya itu, bahkan akan menjatuhkan dan merosakkan pendengki dan pencemburu itu sendiri.

Makin besar perasaan dengki dan cemburu yang ada pada seseorang, makin besar pula api kesengsaraan dan kegelisahan jiwa dan perasaannya. Makin lama perasaan ini dipendam dalam jiwa, maka akan makin banyak perubahan-perubahan buruk akan lahir pada tingkah-laku dirinya. Dia akan cenderung untuk mengumpat, merendah-rendahkan serta mengecil-ngecilkan kebolehan dan kejayaan orang lain nescaya lambat laun tembelangnya akan terbuka. Akibatnya dia tidak akan disukai dan digemari di dalam masyarakat pergaulannya.


Perasaan dengki dan cemburu ini mula tumbuh apabila seseorang itu merasakan dirinya kurang, rendah dan lemah. Merasakan kedudukannya terancam dan tapak-tapak kebanggaannya bergoyang dan apabila seseorang itu digodai oleh perasaan tamak haloba hendak membolot semua kebaikan dan ketinggian untuk dirinya sahaja.
            Oleh kerana itu sifat dengki dan cemburu ini dianggap sebagai tanda-tanda perasaan kelemahan dan kerendahan diri sendiri. Orang yang percaya kepada kebolehan, kecekapan dan segala kelebihan yang ada pada dirinya tidak akan ada tempat di dalam hatinya untuk perasaan dengki dan cemburu, biar bagaimana besar sekalipun kejayaan orang lain. Bahkan ia akan merasa gembira kerana dapat pula mempelajari segala rahsia kejayaan orang tersebut sebagai contoh teladan untuk digarap bagi membina kejayaan untuk dirinya sendiri.
Perlukah dengki dan cemburu?
Kita tidak perlu  ada sifat dengki dan cemburu, kerana setiap kita mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri dalam bidang hidup masing-masing. Kalau ada orang yang berjaya dengan kelebihan yang ada pada dirinya, kita juga harus berjaya dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Kalau orang tegak dan cemerlang dalam bidang hidupnya, kita juga mempunyai bidang perjuangan hidup sendiri untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka.
            Bongkarkan segala kelebihan dan keistimewaan yang ada pada diri sendiri, kemudian tanamkan kepercayaan yang kukuh dan curahkan segala daya upaya supaya segala kelebihan yang ada itu berkembang dengan seindah-indahnya. Mustahil kita tidak memiliki sesuatu keistemewaan dan kelebihan tertentu. Setiap makluk yang bernama manusia, Allah SWT ciptakan dengan tidak memiliki sifat, bakat dan kelebihan yang sama cuma yang hampir-hampir sama, sebab itu setiap manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu hargai kelebihan yang ada pada diri sendiri yang tidak ada pada orang lain. Usaha sebegini adalah lebih logik, berguna dan membina dari memandang dengan putih mata atau menaruh sifat cemburu dan dengki kepada kejayaan-kejayaan orang lain.
            Tegaskan tukaran perasaan sifat dengki dan cemburu itu dengan rasa keyakinan kepada keistimewaan dan kelebihan diri kita sendiri iaitu kelebihan dan keistimewaan yang memang dijadikan Allah SWT untuk masing-masing diri manusia.
            Ubahkan sikap dengki dan cemburu kepada sikap memuji dan menghargai kebolehan dan kelebihan orang lain. Sikap ini bukan sahaja membuktikan kebesaran dan kematangan jiwa seseorang dan bukan sahaja memberi kerehatan dan ketenangan kepada jiwa, tetapi juga menambahkan kemesraan dalam perhubungan dan pergaulan yang akan memberi keuntungan yang tidak terhingga.

Jangan cuba menjadi penyaing yang menyiksa dan menghalang kejayaan-kejayaan orang lain, bahkan biarlah bakat-bakat gemilang orang lain itu berkembang dengan mekarnya, kerana perkembangan bakat dan kreativiti itu akan memberi manfaat yang berguna kepada masyarakat. Belajarlah bergembira dan bersuka hati mendengar kejayaan orang lain dan bukannya irihati atau sakit hati.
            Ingatlah saudaraku, manusia yang berbahagia dan damai jiwanya itu ialah manusia yang boleh membebaskan dirinya dari kongkongan perasaan perseteruan, kebencian, dengki dan cemburu. Maka akan hilanglah segala sifat buruk yang bakal menjelma dalam jiwa dan dirinya.
Insaflah wahai sepupuku..... Kelak tak de sapa nak berkawan dengan kau....Bertaubatlah....!!!





Dari Mata Arisa,
Arisa