Pages

Friday, January 18, 2013

JIKA BERMIMPI SERAM

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia to u all..

Hai korang..ape kabo..sehat ke? Harap-harap sehat la di samping keluarga tercinta dan orang yang disayangi...(cewah..macam tulis surat n kad raye plak.....) teringat dolu-dolu..... (eh...ape lah) Sebenarnya bukan nak cita pasai ni..... Hari ni nak bercerita tentang........ ermmm.... ha..emel...ya emel....semalam ade member hantar emel berbunyi macam ni.... tentang soalan dan Jawapan Ustaz Azhar Idrus...

Soalan:

Bila tidur terjaga dari mimpi seram, apa patut dibuat?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus:

Bila mimpi seram atau menakutkan, samada mimpi hantu, mimpi dikejar JPJ, mimpi kaki terlekat di celah sprocket motor, dan sebagainya, apa yang Nabi ajar ialah baca Ta'awwuz, kemudian ludah 3x ke kiri. Tapi kalau ada isteri di sebelah kiri, jangan ludah air liur basi ke muka isteri pulak, nanti dia pulak naik hantu! Kalau dia naik hantu, baca Ta'awwuz 100x pun tak jadi apa dah.

Bila meludah, hanya buat isyarat meludah sahaja.

Mimpi seram ini sebenarnya adalah gangguan syaitan. Ia bukan saja mengganggu kita masa kita sedar, tapi masa kita tidur juga iaitu melalui mimpi. Tujuannya ialah supaya kita menjadi gundah-gulana, risau, dsb. Sebab itu Nabi suruh kita baca Ta'awwuz minta berlindung dengan Allah daripada syaitan laknatullah.

 Soalan Saya : Ta'awwuz tu macamne?

Yang soalan atas ni tibe-tibe plak member tu tanya..huhu.... Aku macam pernah dengo-dengo and belajo tentang ta'awwuz ni mase sekolah dulu... Tapi tak ingat lah...(ape kekena nya entah).. Jadi....aku pun menggugel - gugel la kat tenet.... Tapi sebelum tu nak tanye korang.... korang tau tak ta'awwuz tu macamana? Mesti ramai yang tak tau kan? Termasuklah aku... tu yang aku menggugel tu... kalo dapat dengar ceramah tentang Ta'awwuz ni lagi okey... Mesti lebih faham.... Hermm.. hasil daripada aku menggugel tersebut... aku terjumpalah satu info berkenaan Ta'awwuz ni... Jom kita baca macamana Ta'awwuz tu ye..........


Fadhilat Dan Khasiat Ta’awwuz

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‘Ta’awwuz’ ialah ucapan “A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim” yang diucapkan sebelum membaca ‘Bismillah’ apabila kita membuat sesuatu, kerana dengan bacaan ” Ta’awwuz ” akan membersihkan lidah daripada kekotoran yang dibawa oleh syaitan.

Firman Allah :
“Jika engkau diganggu Syaitan dengan sesuatu gangguan, hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (Al A’raf : ayat 200)

Hadits yang diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud, Ibnu Majah, Daraquthni dan Hakim, menyatakan, bahawa Nabi biasa membaca Ta’awwudz yang berbunyi:

“A’UUDZUBILLAHI MINASY SYAITHONIR RAJIIM MIN HAMAZIHI WA NAFKHIHI WANAFTSIHI”

Atau mengucapkan:


“A’UUZUBILLAHIS SAMII’IL ALIIM MINASY SYAITHONIR RAJIIM.” 

(Hadits diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud dan Tirmidzi r.a.).

Ucapan Ta’awwuz itu ibarat meminta izin dan ibarat mengetuk pintu, seumpama seseorang yang hendak masuk ke istana berkata-kata dengan Raja, maka hendaklah dibersihkan dirinya daripada kekotoran. Hukum membaca Ta’awwuz itu sunat dan ia adalah sunnah Nabi SAW.

Bertawakal Kepada Allah SWT

Membaca ‘Doa Ta’awwuz’ disunatkan dalam setiap raka’at solat, begitu juga ketika membaca Al-Quran sebagaimana firman Allah Ta’ala:
“Apabila engkau membaca Al Quran, maka ucapkanlah ” A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim.” Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang-orang beriman yang bertawakkal kepada Allah.” ( An Nahl : 98 – 99)

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang yang beriman kepada Allah untuk masuk ke dalam perangkapnya. Maka pengertian daripada ayat di atas, fahamlah kita bahawa Ta’awwuz seseorang mukmin itu adalah merupakan satu cara untuk bertawakal kepada Allah SWT.

Penyapu Al-Quran

Diterangkan oleh Ibnu Abbas r.a. : “Kebesaran Al Quran itu dengan A’uzubillahi minas syaitonir Rajim dan pembukaan Al Quran itu dengan Bismillahirrahmanirrahim.”

Berkata ulama’ bahawa A’uzu itu adalah seperti penyapu Al Quran… Maka setiap orang yang hendak membaca Al Quran, perlulah menyapu hatinya dari segala keraguan dan was-was. Dan berkata Al Hassan bin Abi Tolib : “Sesiapa yang membaca “A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim “ itu, maka tidak ada jalan Syaitan yang boleh menggodanya.”

Khasiat Lain Membaca Ta’awwuz;

1.  Mengutuk Syaitan
2.  Dapat Mengusir Syaitan
3.  Mengatasi Mimpi Buruk
4.  Menghilangkan Perasaan Takut
5.  Menghentikan Pertanyaan Menyesatkan

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Syaitan akan menghampirimu dan bertanya: “Siapakah yang menciptakan ini dan itu?” sehingga akhirnya dia bertanya: “Siapakah yang menciptakan tuhanmu ini?” Apabila sudah sampai di situ, maka berlindunglah kepada Allah SWT (mengucapkan : A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim).” (HR.Muslim)

Ketika duduk bersendirian dan mengagumi alam, sering muncul difikiran betapa indah ciptaan Allah SWT, kita pun menyedari segala sesuatu itu memang terjadi kerana Kehendak-Nya, namun pada tika itu syaitan mencari kesempatan untuk menyesatkan,dengan memberi pertanyaan yang menyesatkan,hingga akhirnya,kita boleh terjerumus menjadi musyrik, A’uudzubillaah minzalik.

Mengalahkan Syaitan

Kebanyakan hati manusia dikalahkan oleh Syaitan yang telah berjaya menyerap masuk ke dalam hatinya dengan pengaruh nafsu. Sehingga hati itu memilih keduniaan dan melupakan akhirat. Hal ini tidak dapat dikalahkan melainkan manusia itu kembali kepada zikir Allah ( mengingati Allah ) dan membanyakkan membaca Ta’awwuz.

Berkata Jabir bin Ubaidah Al Adawi : Saya pernah mengeluh kepada Al A’la bin Ziyad : tentang was-was yang terdapat di dalam dada saya. Maka ia berkata :  

“Bahawa Hati itu umpama sebuah rumah yang dilalui beberapa pencuri. Pencuri-pencuri itu berusaha mencuri apa-apa yang menjadi kegemarannya di dalam rumah tersebut. Tetapi jika di dalam rumah tersebut tidak mempunyai apa-apa, maka pencuri-pencuri itu akan melalui sahaja rumah itu dan akan meninggalkannya. Iaitu hati yang bersih daripada syahwat nafsu tidak akan dimasuki Syaitan.”

Firman Allah: “Sesungguhnya hamba-hambaKu itu tidak ada kekuasaan bagimu ( Syaitan ) ke atas mereka.” (Bani Israil : 65) Dan “Bahawasanya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka diganggu oleh Syaitan, lantas mereka ingat kepada Allah, maka jika begitu mereka akan melihat.” (Al A’raf : 201)

Untuk mengalahkan Syaitan hati perlu diisi dengan zikrullah dan iman. Sifat iman ilmu yang belum lagi meresap ke dalam hati boleh naik dan adakalanya turun. Maka ianya perlu dibajai dan disuburkan dengan ibadah dan mujahadah yang ikhlas dan tawadhuk.

Seterusnya akan timbul di dalam hati rasa kebesaran Allah, hati akan lebih mengenal Allah, takut kepada Allah, menghina diri dan malu dengan Allah SWT, takut ancaman Allah dan harap akan nikmat Allah, terasa gerun dan cinta kepada Allah Ta’ala.

Maka secara sendirinya hati akan beramal dengan amalan yang baik dan sentiasa mengingati Allah dengan zikrullah yang akhirnya mendatangkan ketenangan pada batin manusia dan akan memundurkan Syaitan daripada menguasai hati kita.

Rasulallah SAW bersabda : “Tergesa-gesa itu daripada Syaitan dan tenang itu dari Allah.”

Bagi menyelamatkan mereka dari dikuasai oleh nafsu dan Syaitan laknatullah alaih di dalam melaksanakan ketaatan dan ibadah kepada Allah SAW, perbanyakkanlah membaca A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim sebagai satu zikir dan senjata di dalam usaha kita menghindarkan diri kita daripada gangguan dan godaan Syaitan.

Selamat Mengamalkan Bacaan Ta’awwuz. Semoga Kita Selalu Dilindungi Oleh Allah SWT. Amiin!

Wallahu A’alam Bissowab

Ok.... dah faham? faham ke tak faham? (Jangan pam je dah le...) Ha.... jadi kita boleh la amalkan jika kita bermimpi perkara-perkara yang menakutkan kita..... InsyaAllah Allah akan melindungi kita daripada Syaitan...selain tu juga..kita boleh menyucikan hati kita daripada tipu daya syaitan.... Ok..Takat ni dulu..... Bubbye........jumpa lagi di entry akan datang....Selamat Beramal...... ;)



Dari Mata Arisa,

Arisa


No comments:

Post a Comment