Hai Kawan-Kawan....(trademark)
Kali ni nak kongsi kisah berkenaan dengan kaitan entry semalam. Kalau semalam dah kongsi dengan korang sume tips-tips nak menangani bos yang garang, tegas dan penuntut.. Harini saya nak kongsi cara-cara nak menangani tekanan. Tekanan tu tak kira lah dengan bos ke, dengan kawan-kawan ke.. tekanan kat rumah ke atau kat mana-mana lah......
Untuk mengatasi situasi tertekan, hati haruslah tenang dan kembali mengingati Allah s.w.t. Apa jua tindakan dilakukan mestilah berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Di bawah ni ada beberapa panduan boleh kita jadikan amalan yang bertujuan mengurangkan tekanan. Jum kita chek it out...... Semoga cara - cara ni boleh dijadikan panduan kita semua..... InsyaAllah...
Untuk mengatasi situasi tertekan, hati haruslah tenang dan kembali mengingati Allah s.w.t. Apa jua tindakan dilakukan mestilah berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Di bawah ni ada beberapa panduan boleh kita jadikan amalan yang bertujuan mengurangkan tekanan. Jum kita chek it out...... Semoga cara - cara ni boleh dijadikan panduan kita semua..... InsyaAllah...
1) Berwuduk
Biasakan diri anda dalam keadaan berwuduk. Amalan
berwuduk memberikan ketenangan Jiwa dan segala kerja yang susah akan menjadi
senang diselesaikan. Selain itu, berwuduk dapat menghindarkan diri dari
gangguan syaitan yang suka menghasut apabila kita dalam berkeadaan letih dan
marah.
2) Banyakkan Membaca
Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan oleh Allah s.w.t.
jika umatnya membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai untuk kita
membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur. Biasakan diri dan jadikan Al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat
Manusia merupakan makhluk yang paling mulia di sisi
Allah s.w.t. maka kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari.
Amalan sembahyang sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat
sunat tasbih dan sebagainya; memberikan ketenangan dan kekuatan dalam diri
anda.
4) Berdoa kepada Allah
s.w.t.
Mengingati Allah s.w.t. senantiasa ketika dalam suka
dan duka. Memohon petunjuk dan keampunan agar hari-hari yang dilalui menjadi
mudah. Doa yang mustajab beserta keikhlasan dan hati yang suci memohon
bersungguh-sungguh akan dimakbulkan Allah s.w.t. Maka kita digalakkan berusaha
supaya mencapai sesuatu hajat di samping berdoa hanya kepada Allah s.w.t. yang
Esa.
5) Beriadah
Aktiviti beriadah dapat mengurangkan tekanan. Badan
yang sihat dan otak yang cerdas mampu membentuk peribadi yang berhemah. Segala
tekanan di tempat kerja dapat dikurangkan dengan melakukan aktivi-aktivit riadah.
Aktiviti riadah juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan jika kita
mengamalkan aktiviti beriadah bersama keluarga.
Ok..Takat ni dulu... Jumpa di entry yang akan datang...... BuBye....;)
Dari Mata Arisa,
Arisa
Poker Tournaments - Casino at Foxwoods Resort and Casino
ReplyDeleteYou can find Poker Tournaments at Foxwoods Resort and 정읍 출장마사지 Casino 광주광역 출장마사지 in Tournaments are free and 원주 출장마사지 have 남양주 출장마사지 been available in person, all 강원도 출장안마 over the Internet.